Thursday, 20 September 2012

Java Keyword

Apa itu Java Keyword?
- Perkataan yang reserve khas
- Digunakan untuk memberi arahan pada compiler
- Tidak boleh digunakan pada penamaan class, method, variable dan sebagainya

abstract continue for new switch
assert default goto package synchronized
boolean do if private this
break double implements protected throw
byte else import public throws
case enum instanceof return transient
catch extends int short try
char final interface static void
class finally long strictfp volatile
const float native super while

Reserved Literal Word: null, true & false



Pembolehubah

Apa itu Pembolehubah?

Pembolehubah atau dalam bahasa omputeh nye variable ialah lokasi/tempat
yang disediakan didalam memori komputer(memori sementara)
untuk menyimpan data2/value yang boleh berubah mengikut tindakan pengguna atau aplikasi.

Syntax declare variable:

data_type var_name;  //var merujuk kepada variable -> declaring

Contoh:

int nombor;
// komputer akan menyediakan memori sementara yang akan menyimpan data bernilai int
dengan nama nombor

char huruf;

korang bleh bagi ape2 jgk nama untuk variable, tapi dinasihatkan bagi nama2 yang bermakna
dan senang utk dirujuk. Untuk kemudahan bila buat program yang besar2 atau complicated.

data type plak tak bleh sembarangan atau main taram ikut suka korang, hanya
jenis2 data type yang ada dalam java je bleh guna. Nanti aku akan share jenis2 data type
yang ada dalam java.

Selain itu korang juga boleh assign(umpuk) nilai pada variable, di awal2
declaration(pengisytiharan) variable dan ia dipanggil initializing.
sebagai contoh:

int nombor=10; -> initializing
char huruf='R';

Ada beberapa peraturan penting bagi declaration variable:


1. Tak bleh guna nombor diawal nama.
Contoh: 8angka, 7hari, 3kelas

2. Tak boleh guna special character (Cth: @, !, *, #). Pada mana2 tempat pada nama
tak kira di awal, tengah atau hujung nama variable.
Tapi ada pengecualian bg $ sahaja(biasa pada awal nama).
Contoh: &nama, jam%,

3. Oleh kerana java case sensitive maka nombor, NOMBOR, nomBor adalah berbeza sama sekali

4. boleh guna campuran huruf dan nombor, TAPI tak boleh mula dengan nombor
Contoh: no8, huruf90 TAK BOLEH: 8no

5. Boleh guna _ (underscore) utk namakan variable
Contoh: _jenis, _phone

Untuk lebih efisien korang bleh test namakan variable untuk mendapatkan
gambaran lebih jelas. Aku akan share lagi nnt ape yang tertinggal

Aku akan share dengan lebih lanjut lagi pasal Data Type kemudian.

Friday, 14 September 2012

Penerangan HelloWorld!! (2)

public static void main(String args[]){
System.out.println("Hello World!!"); // Display the Hello World!!
}


public - bermaksud sesiapa pun bleh akses method ni ni.
       - access specifier
static - method ni x perlukan instance of class atau objek untuk menggunakan dia.
void - method ini tidak memulangkan sebarang nilai.
main - nama method (setiap perkataan yg mempunyai () adalah method ) untuk run java program, setiap applikasi/program java mesti ada.
     - method yang mempunyai pelbagai koleksi arahan programming untuk melaksanakan sesuatu tugas.
       contohnya paparkan output.
String args[] - merupakan parameter yang diperlukan oleh method main()
              - String merupakan class/interface yang sedia ada. Mengandungi pelbagai koleksi
                koleksi arahan, method.
              - args[] boleh juga ditulis argv atau sebarang nama, tapi convention sedunia bersetuju
                menggunakan args.
              - boleh juga ditulis: String[] args.
{ } - open n close curly brace untuk beritahu ape yg ada didalam nya ialah milik method main().

* Nota: ape2 istilah yang ada disini akan diterangkan secara berperingkat apabila tiba
memasuki topik yang berkaitan.


Comment:

Dalam programming java comment diperlukan untuk memudahkan seseorang programmer memahami coding yang ditulis.
Komen tidak akan dipaparkan apabila program java run, ia hanya untuk ada pada coding sahaja.
Ada 2 jenis komen yang selalu digunakan.
Compiler akan abai komen.

1. // - digunakan untuk 1 baris sahaja, biasa diletak pada hujung setiap baris
contoh: // ini adalah komen

2. /*....*/ - apa2 sahaja yang berada didalam /* */ dianggap sebagai komen. Untuk lebih daripada 1 baris.
contoh:
/*
ini adalah komen
lebih dari satu baris
*/

3. Comment  untuk documentation line - biasa di gunakan untuk penyediaan dokumentasi.

Contoh:
/**
---------------
---------------
---------------
*/


System.out.println("Hello World!!");


System - sejenis class atau interface yang sedia ada ditulis(object default)
Dot ( . ) - tanda yang digunakan untuk invoke(panggil sesuatu method atau object).
out - object (method) yang berada didalam System.
println() - method untuk memaparkan apa2 yang didalam nya sebagai output.
" " - Ape2 yang berada didalam " " akan dianggap sebagai perkataan atau ayat.
semicolon ( ; ) - tanda yang penting, mesti diletakkan pada setiap penghujung sesuatu baris.
                - error bile tak letak, sebab ia akan dianggap penamat bagi sesuatu arahan yang ditulis.
                -jangan letak selepas { } sebab } da tunjukkan penamat.

Tips:

Ada lebih drpd 3000 class dan interface yang telah ditulis dalam java. Ini bermaksud berpuluh ribu method dan variable serta
objek yang telah ditulis oleh James Gosling dan rakan2 nya.

Jadi apabila korang jumpa ape2 perkataan yang bermula dengan huruf Besar, yang mana bukan korang yang buat perkatan tu,
itu bermakna ia adalah class atau interface yang sedia ada dalam java.
Contoh nya: System, Date, String, Integer dan ape2 jgk yang bermula dengan huruf besar.

Andaikata korang jumpa perkataan2 huruf kecil yang bukan korang buat, ia bermakna itu adalah method, object atau variable
yang telah sedia ada.
Contoh: main, println, out, dan macam2 lagi..

Korang boleh mendapatkan full documentation java iaitu Java API's. Link ni utk Java 6 SE.

Wednesday, 12 September 2012

Penerangan HelloWorld! (1)

Penerangan Coding HelloWorld:

Baiklah disini aku akan share dgn korang bagaimana coding java tu beroperasi dan ape makna2 coding yang kita taip kat command prompt dan di notepad.


Syntax:

Compile java program:

javac class_name.java

Contoh: javac HelloWorld.java

Run java program:

java class_name

Contoh: java HelloWorld

javac (compiler)
-       sebutan nya javacompile
-       compile .java(convert java program kpd byte code) dan create .class file

java
-       kita bagitau JVM untuk run .class yang telah dicompile sebelum tu.

Baiklah settle sudah command untuk compile dan run java program korang.

Macamana coding java dibaca oleh compiler? Coding java dibaca line by line, makna nya ia dibaca dr atas turun kebawah.

Setiap line akan diperiksa jika ada ape2 error, sama ada compiler error or runtime error. Apabila ada error, compiler akan stop dan keluar la error message.

Ok, mari kita lihat balik coding kat bawah ni, aku akan cuba explain setiap baris.


Syntax utk isytihar(declare) class:

<modifier> class <classname>{

}

Contoh:

public class HelloWorld

-       public (sejenis modifier) , memberitahu bahawa class tu adalah untuk umum(public). Sesiapa pon boleh guna(access) dia.
-       class ialah keyword word utk java(ada banyak keyword/reserve word dalam java) tak boleh ubah, Dah fix.(Nanti aku akan share lagi pasal reserve word ni)
-       HelloWorld ialah nama class. Nama class mesti sama nama file masa kita save. Andaikata korang bagi nama class Kereta, masa save pon kita kena save sebagai Kereta.java Tujuan nya untuk bagitau computer(compiler/jvm) yang kita nak create java class file.
-       Digalakkan apabila kita create class, sentiasa guna huruf besar pada permulaan perkataan. Contoh: public class Rumah, public class Motor, class Kelas
-       { } ini di kenali sebagai curly brace, tujuan nya nak bagitau ape2 jugak yang berada didalam nya ialah milik sesuatu diatas nya.
Contoh:

HelloWorld{
// body of HelloWorld
}

-       Kita boleh compile class tanpa run

Sunday, 9 September 2012

HelloWorld!

Sekarang tibalah masa yang di nanti2 kan!!

Ok dah bukak Notepad? Type macam ni kat notepad korang.

 

Nak save sebagai ape? Korang kena save sebagai HelloWorld.java

 



Tapi sebelum tu  aku nak korang create la folder kat mana2 untuk simpan java program korang. Macam aku create satu folder kat E:Java Program


 


Ok, “Save” kita punya java program kat mana kita nak.
Seterusnya bukak command prompt. Ok sebelum tu, andai korang simpan java dalam folder kat directory/disk C, kat command prompt kena cd.. (untuk masuk kedalam directory sebelumnya) atau cd diikuti nama folder cd Java Program(atau boleh guna butang TAB selepas cd)


Sebagai contoh: aku berada di directory C:\>Documents and Setting> dan aku nak masuk ke directory C:/>. Jadi aku cd.. je pastu Enter.

 

 Andai kata folder Java Program aku jauh kedalam folder lain. Aku kena masuk satu persatu folder yang simpan folder Java Program aku. Contoh nya :

C:\Documents and Settings\All Users\Java Program
Aku kena type macam ni:



Ada cara mudah iaitu tekan TAB selepas cd sampai kita jumpa folder yang kita nak.

Tapi macam aku cakap awal tadi file java aku simpan dalan Java Program kat disk E aku. Jadi aku kena taip macam ni:

 

Taip macam ni: 


Eh? Apesal tetiba boleh bertukar color pulak ni? Korang boleh edit macamana korang nak command prompt korang dipaparkan, dari color, font, layout dan macam2 lagi dengan klik kanan pada Header window die(yang color biru ada tajuk Command Prompt) Properties – Color pastu pandai2 la explore.