Saturday, 8 September 2012

Apa itu Java?

Java ialah salah satu Bahasa Pengaturcaraan(Programming Language) yang popular didunia. Digunakan untuk membangunkan program dan juga aplikasi untuk kegunaan peribadi ataupun perniagaan.

Macam2 kita boleh buat dgn menggunakan Java sebagai language contohnye website, game, dan berbagai2 jenis sistem dan aplikasi. Java ni terkenal dengan ciri2 keselamatan yang tinggi,  perbankan internet yang korang gunakan ialah antara aplikasi yang menggunakan java.

James Gosling akan diingati sebagai father of Java, sumbangan besarnya dalam membangunkan dan mempopularkan java.

Java dibangunkan di Sun Microsystems dibawah seliaan James Gosling., Chris Warth, Mike Sheridan dan Patrick Naughton pada tahun 1991. Pada mulanya Java dikenali dengan nama "Oak", tetapi ditukar nama sebagai Java dan tersedia di pasaran pada tahun 1995.
* Sun - Stanford University Network

Pembangunan Java tidak hanya tertumpu untuk gunakan Internet sahaja, tapi ia menyediakan language yang mudah alih dan platform bebas.(portable and flatform independent). Yang mana boleh digunakan untuk menghasilkan kod yang boleh run pada pemproses(CPU) dan Operating System yang berbeza persekitarannya.
* Contoh CPU: Intel, AMD Operating System: Windows, MacOS, Linux dan Solaris.

Teknologi Java

Ia terdiri daripada JVM (Java Virtual Machine), Garbage Collection dan JRE(Java Rubtime Environment).
Disini aku akan terangkan serba sedikit tentang JVM dan JRE.

JVM:
Apabila kita tulis kod, java compiler akan convert yang kita tulis kepada byte code i,e daripada .java file kepada .class fiel. Lepas tu JVM akan convert byte code kepada kod yang boleh execute(dilaksanakan)
* Byte code: 0 dan 1
Dengan adanya JVM kita tak perlu risau pasal software dan hardware yang kita gunakan, sebab ia boleh run pada mana2 juga platform. Semua java program di compile kepada byte code.
Untuk menjadikan Java sebagai plaform-independent satu virtual machine dikenali sebagai JVM diperlukan pada platform bagi membolehkan java program run.

JRE:
JRE ialah software bundel drpd Sun Microsystems yang membenarkan computer system untuk run java application. Juga dikenali sebagai Java Runtime, salah satu part dalam Java Development Kit(JDK) dan ia  adalah software development environment untuk penulisan  program java.
JRE menyediakan library, JVM dan lain2 component untuk run applet dan aplikasi yang kite tulis meggunakan Java.

No comments:

Post a Comment