Apa itu Pembolehubah?
Pembolehubah atau dalam bahasa omputeh nye variable ialah lokasi/tempat
yang disediakan didalam memori komputer(memori sementara)
untuk menyimpan data2/value yang boleh berubah mengikut tindakan pengguna atau aplikasi.
Syntax declare variable:
data_type var_name; //var merujuk kepada variable -> declaring
Contoh:
int nombor;
// komputer akan menyediakan memori sementara yang akan menyimpan data bernilai int
dengan nama nombor
char huruf;
korang bleh bagi ape2 jgk nama untuk variable, tapi dinasihatkan bagi nama2 yang bermakna
dan senang utk dirujuk. Untuk kemudahan bila buat program yang besar2 atau complicated.
data type plak tak bleh sembarangan atau main taram ikut suka korang, hanya
jenis2 data type yang ada dalam java je bleh guna. Nanti aku akan share jenis2 data type
yang ada dalam java.
Selain itu korang juga boleh assign(umpuk) nilai pada variable, di awal2
declaration(pengisytiharan) variable dan ia dipanggil initializing.
sebagai contoh:
int nombor=10; -> initializing
char huruf='R';
Ada beberapa peraturan penting bagi declaration variable:
1. Tak bleh guna nombor diawal nama.
Contoh: 8angka, 7hari, 3kelas
2. Tak boleh guna special character (Cth: @, !, *, #). Pada mana2 tempat pada nama
tak kira di awal, tengah atau hujung nama variable.
Tapi ada pengecualian bg $ sahaja(biasa pada awal nama).
Contoh: &nama, jam%,
3. Oleh kerana java case sensitive maka nombor, NOMBOR, nomBor adalah berbeza sama sekali
4. boleh guna campuran huruf dan nombor, TAPI tak boleh mula dengan nombor
Contoh: no8, huruf90 TAK BOLEH: 8no
5. Boleh guna _ (underscore) utk namakan variable
Contoh: _jenis, _phone
Untuk lebih efisien korang bleh test namakan variable untuk mendapatkan
gambaran lebih jelas. Aku akan share lagi nnt ape yang tertinggal
Aku akan share dengan lebih lanjut lagi pasal Data Type kemudian.
No comments:
Post a Comment